Mungkin ada antara kita yang sampai satu fasa dalam hidup dia,dia nak berubah menjadi lebih baik dari dirinya sekarang..Mungkin dia nak jd lebih baik, lebih rajin, lebih bermotivasi atau apa sahaja.
Tapi apabila pelbagai usaha dilakukan, pelbagai kaedah digunakan, dia masih merasakan dia belum cukup baik. Perubahannya belum dirasakan cukup untuk dikategorikan sebagai “berubah”. Jadi masa ini mungkin kita rasa kecewa kerana merasakan tiada apa yang berhasil..
Ada satu cerita yg sesuai untuk menggambarkan keadaan ni:
“ada seorang lelaki tua berjumpa seorang pemuda. pemuda itu mengadu kepada lelaki itu bahawa amalnya tidak menjadikannya seorang yg lebih baik. lantas lelaki tua itu mengambil satu bakul yg digunakan untuk mengisi arang dan memberikannya kepada pemuda itu. bakul itu yg sudah berlubang-lubang dan kotor dgn arang dibawa ke sebuah sungai. lelaki tua meminta pemuda itu mengisi air sungai ke dalam bekas dirumahnya dgn menggunakan bakul itu. pemuda itu mengikut sahaja permintaan lelakiitu.setelah beberapa kali mencuba, hanya sedikit air yg dpt dipindahkan kerana bakul yg digunakan itu mmg sudah sedia bocor.setelah letih, pemuda itu bertanya kpd lelaki tua ‘kenapa kamu meminta aku melakukan kerja sia2 ini’? lelaki tua menjawab.. ‘ini bukan kerja sia2. cuba kamu tgok bakul itu’..setelah itu barulah pemuda itu sedar. bakul yg td comot dgn kesan arang, kini sudah bersih..”
Kita hanya berusaha. Hasilnya bkn kita yang tentukan bentuknya. walaupun kita x nampak hasilnya teruskan usaha kita untuk menjadi lebih baik. kerana istiqamah itu sangat baik dalam melakukan pekerjaan yang baik..
apa pun yang berlaku, selagi kita yakin kita di jalan yg betul,teruskan usaha bersama doa.bila terasa letih, mohonlah kekuatan dari Allah yang maha berkuasa.